Friday 9 September 2011

Nurarihyon no Mago: Sennen Makyou

Type: TV
Episodes: Unknown
Status: Currently Airing
Aired: Jul 3, 2011 to ?
Producers: Studio Deen
Genres: Action, Demons, Shounen, Supernatural
Duration: 23 min. per episode

At first glance, Nura Rikuo seems like nothing more than a normal middle-schooler. In actual fact, he is grandson of Nurarihyon, master of a youkai clan.

Having only recently resolved the hostilities between the Nura Clan and the Shikoku Yokai, Rikuo finds no rest as an ancient enemy of the Nura Clan, Haguromo-Gitsune, resurfaces. After 400 years of inactivity, Haguromo-Gitsune suddenly sweeps through Kyoto with overwhelming power.




=================
Size : ~60 mb
Codec : x264
Bitrate : 300
=================



LQ for those who dont have good speed connection for download. If you have problem playing our video, please post it at forum. Our main link is Megaupload so we dont reupload for mirror's link.


Episode 01 : Megaupload | FileServe | Enterupload | Hotfile | Wupload | FileSonic
Episode 02 : Megaupload | FileServe | Enterupload | Hotfile | Wupload | FileSonic
Episode 03 : Megaupload | FileServe | Enterupload | Hotfile | Wupload | FileSonic
Episode 04 : Megaupload | FileServe | Enterupload | Hotfile | Wupload | FileSonic
Episode 05 : Megaupload | FileServe | Enterupload | Hotfile | Wupload | FileSonic
Episode 06 : Megaupload | FileServe | Enterupload | Hotfile | Wupload | FileSonic
Episode 07 : Mediafire | Megaupload | FileServe | Enterupload | Hotfile | Wupload | FileSonic
Episode 08 : Mediafire | Megaupload | FileServe | Enterupload | Hotfile | Wupload | FileSonic
Episode 09 : Mediafire | Megaupload | FileServe | Enterupload | Hotfile | Wupload | FileSonic
Episode 10 : Mediafire | Megaupload | FileServe
Episode 11 : Mediafire | Megaupload | FileServe
Episode 12 : Mediafire | Megaupload | FileServe

Camna nak Download..??

bagi kawan2 disana.........sapa2 yang x pandai download lagi......meh sini saya ajarkan......


1.kalau anda nak download ngan cepat.......saya cadangkan anda guna IDM (Internet Download Manager)
   kalau nak download idm nih.....highlight link kat bawah

   http://www.filesonic.com/file/1634193574

   Go to http://www.filesonic.com/file/163 bla3....

   pastu cari yang dia tulis Download Here @ Click here to download.....
 
   (Amaran!,jangan klik kat fast download @ premium download.....membazir jer)

  2.Installation instructions:
  1. Download Internet Download Manager Now
  2. Unrar and run exe file (just double click)
  3. Run Internet Download Manager (IDM) from your start menu
  4. Have fun!






Friday 5 August 2011

Info Pekan Kodiang

Kodiang merupakan sebuah pekan kecil di dalam daerah Kubang Pasu di negeri Kedah. Ia bersempadan dengan negeri Perlis iaitu Kampung Kubang Beruang di Kodiang dan Kampung Sena di Arau, Perlis. Sebahagian besar penduduknya merupakan petani. Bandar terdekat ialah bandar diraja Arau, Perlis jaraknya kira-kira 5 km.

Kedudukan Latitud: 6.4000 Longtitud: 100.300DMS Lat: 6° 24' 0N Long: 100° 17' 60EKetinggian dari paras laut: 291 kaki atau 88 meter.



Isi kandungan

  • 1 Sejarah
    • 1.1 Pekan Kodiang Ketika Ini
  • 2 Prasarana
    • 2.1 Pengangkutan
    • 2.2 Masjid
    • 2.3 Talian telefon
    • 2.4 Pejabat pos
    • 2.5 Bank
    • 2.6 Bekalan elektrik
    • 2.7 Perkhidmatan kesihatan
    • 2.8 Pendidikan
    • 2.9 Ulama atau rujukan agama
    • 2.10 Kilang padi
    • 2.11 Stesen minyak
    • 2.12 Persatuan

Sejarah
Sebutan mengikut dialek tempatan: [kok diang]. Perkataan Kok Diang adalah asal dari loghat bahasa Siam yang bermaksud 'bukit merah'. Asal Kodiang ialah di Kampung Kodiang Lama terletak 1 km dari Simpang Empat Pekan Kodiang melalui jalan ke Jitra. Di Kodiang Lama inilah sebuah kampung yang berdekatan dengan Bukit Keplu dan Gua Kerbau, di sinilah yang dimaksudkan dengan bukit merah, di mana ketika musim kemarau, dapat dilihat bukit ini akan bertukar warna menjadi ke'merah'an kerana daun pokok yang terdapat di bukit bertukar menjadi merah dan kering.Bukit Keplu juga diambil dari Bahasa Siam, yang membawa maksud Bukit Sireh (Kok Plu).
Bukit Keplu ialah sejenis bukit batu kapur yang dikelilingi kawasan sawah padi. Di bukit ini terdapat beberapa buah gua yang mempunyai cerita menarik dan sejarahnya tersendiri. Antara gua-gua tersebut terdapat lukisan-lukisan (tulisan) purba yang masih kelihatan sehingga hari ini. Gua-gua yang biasa dikunjungi ialah Gua Kerbau, Gua Gong, Gua Ikan, Gua Gelap, Gua Pasir, Gua Pelamin dan Gua Kelawar.
Masyarakat di sini kebanyakannya tergolong dari bangsa Melayu Islam. Masyarakat Melayu Kodiang menjalankan aktiviti pertanian sebagai sumber ekonomi mereka. Kebanyakan daripada mereka adalah pesawah padi dan penoreh getah. Kedai perniagaan dan Lorong Belakang Masjid didiami bangsa Hokkien dan Etnik Cina yang lain. Tidak terdapat penduduk asal dan lama yang menetap disini dari bangsa lain iaitu Siam atau India. Bangsa India hanya sebagai pekerja JKR atau Klinik Kesihatan. Bangsa Siam kebanyakan menetap di Padang Sera kerana di sana terdapat Watt Siam yang besar selain dari di Jejawi Perlis dan Watt yang kecil di Jalan Changloon dan Padang Sera.
Pekan Kodiang di masa era 70-an dan 80-an terkenal dengan pasembor. Terdapat 3 penjual pasembor utama iaitu Kedai Mamak Hussain (berpindah ke perkarangan masjid jamek kodiang dan sekarang diwarasi oleh menantu arwah Hussain), Gerai Abd Majid di simpang ke Sanglang (berpindah ke bangunan sebelah RMTEAM) dan Kedai Ghani di Medan Mara Stesen bas (Sudah berpindah di kg kubang beruang).
Manakala kedai buku utama di Pekan Kodiang ini ialah Toko Buku Othman, dahulu di kaki lima inilah terdapat penjaja roda tiga menjualapom balik, air minuman sejuk dan air tebu yang diusahakan oleh Wan Mahmud dan anaknya Wan Md Zamri. Terdapat juga gerai Bihun Sup Halim Beca yang terkenal dengan bihun yang bewarna kuning. Pengusaha air tebu yang dikenali di Pekan Kodiang ialah Hassan Air Tebu atau lebih dikenali dengan panggilan Che Chan

Pekan Kodiang Ketika Ini

Pada ketika ini kerja-kerja pelebaran jalan sedang dijalankan dari 2 lorong kepada 4 lorong.Lebuhraya Alor Setar ke Kangar melalui Anak Bukit, Kepala Batas {Lapangan Terbang(AOR/WMKA)} , Jitra , Tunjang , Padang Sera, Kodiang , Arau , Jejawi dan Kangar. Kerja-kerja fasa terakhir ialah dari Tunjang,Kedah ke Arau,Perlis sudah hampir siap sepenuhnya hanya sedikit pengubahsuaian akan dilakukan pada pusingan U.Terdapat kedai-kedai dan warung di pekan Kodiang telah dirobohkan untuk memberi ruang pada kerja-kerja pelebaran jalan.
Antara kedai yang telah berubah ialah deretan kedai Toko buku Othman (berpindah di sebelah kedai baiki basikal jalan arau) dan kedai makan Adnan, kedai makan Mydin(sekarang berniaga di perkarangan masjid jamek kodiang dengan menggunakan kenderaan tut-tut) termasuk juga telah dirobohkan dan lain-lain kedai berubah tempat ke stesyen bas iaitu jalan ke Changloon. Bank Maybank dan Tabung Haji sekarang ini berhampiran dengan bahu jalanraya, ruang letak kereta telah digunakan untuk kerja-kerja pelebaran jalan ini.
Kerja-Kerja pelebaran jalan bagi Pekan Kodiang dan sekitarnya telah siap sepenuhnya. Perhentian Bas Kodiang telah ditingkatkan pasarananya dengan pembinaan kedai dua tingkat di kawasan perhentian bas amat bersesuaian dengan perubahan pekan-pekan atau bandar sekitarnya seperti Bandar Jitra,Changloon dan Arau. Dahulunya bandar Changloon hanya setaraf seperti Kodiang tetapi bandar Changloon telah pesat membangun pasarananya menyamai Bandar Jitra. Pekan Kodiang lebih baik pasarana berbanding dengan pekan Padang Sera , Tunjang dan Sanglang di Daerah Kubang Pasu ini.
Sebuah Kolej Universiti (Teknologi dan Pertanian) akan dibina di dataran Bukit Keplu dan Gua Kerbau dan masih diperingkat cadangan.
Prasarana
  • Stesen bas/teksi tempatan
  • Pejabat Tabung Haji
  • Pasar raya RMT
  • Pasar
  • Pekan Sehari (Sabtu) dan Pasar Malam (Selasa).
  • Balai Polis Pekan Kodiang
  • Balai Bomba Sukarela Pekan Kodiang
  • Kedai dobi RBS UTARA ENT.di pekan padang sera
  • stokis jenama RORINE,OLI COLLECTION,SYARIKAT MENANG DLL
Pengangkutan
  1. Bas HBR ke Bandar Kangar Perlis dan Jitra/Alor Setar
  2. Bas Transnasional(MARA) ke Sanglang/Alor Setar
  3. Kereta Sewa ke mana sahaja terutama Changloon dan Bukit Kayu Hitam.
  4. Bas Ekpress ke Kuala Lumpur dan laluannya dari Kangar.
  5. Stesen Keretapi di Arau. Keretapi Tanah Melayu untuk laluan ke arah Kuala Lumpur dan ThaiRailway untuk laluan ke Padang Besar/Hatyai/Bangkok.
  6. Lapangan Terbang Sultan Abd. Halim Kepala Batas. Penerbangan ke KLIA dengan pesawat Boeing 737-400 MAS atau pesawat Airbus A320 AirAsia serta untuk ke Subang dengan pesawat FireFly ATR72-500(turboprop).
  7. Keretapi kelajuan tinggi PADANG BESAR-KL sedang dalam proses pembinaan dijangka siap pada 2017 usahasama mmc-gamuda
Masjid
  1. Masjid Jamek Pekan Kodiang Jln Changloon
  2. Masjid Kg Kodiang Lama,
  3. Masjid Kg paya Stesen
  4. Masjid Kg Kandis
  5. Masjid Bt. 4, Jln Changloon
  6. Masjid Kg Paya stesen, Jln sanglang
Talian telefon
  1. Talian tetap TM 04-925xxxx
  2. Maxis 012/017 (strong coverage)
  3. Celcom 019/013 (strong coverage)
  4. Digi 016 (strong coverage)
  5. U-Mobile 018
Pejabat pos
  • Pos Malaysia Bhd, Jalan Kodiang
Bank
  • AGRO Bank,.81E, Jalan Kodiang
  • Maybank,4A, Jalan Kodiang
  • Tabung Haji
Bekalan elektrik
  • Tenaga Nasional Bhd, Jalan Station, Kampung Changkat Logan, Kodiang
  • Tenaga Nasional Bhd,Pencawang Guar Sanji, Jalan Arau Kodiang, Arau
Perkhidmatan kesihatan
  • Klinik Kementerian Kesihatan Klinik rawatan pesakit luar /Ibu Mengandung/Klinik gigi Jalan Guar, Pekan Kodiang
  • Poliklinik Perubatan Azani, Jalan Kodiang, Pekan Bharu, Changlun.
  • Klinik Dr. Hj. Othman,
  • klinik Dr. Azhar & Rakan-rakan
  • Farmasi ZNZ
  • Farmasi KODIANG (Berpindah ke Kubang Beruang jalan arau)
Pendidikan
  • SMK Tunku Bendahara
  • Sekolah Kebangsaan Kodiang, Pekan Kodiang
  • Sekolah Kebangaan Tok Kepak, Kodiang
  • Sekolah Kebangsaan Tunku Bendahara, Jalan Changloon
  • Maktab Pengajian Islam Kedah (MPIK), Jalan Changloon
  • Sekolah Menengah Agama Nadhatul Hasanah,Melele
  • Sekolah Kebangsaan Siputeh, Kodiang.
  • Sekolah Menengah Sains Kubang Pasu.
  • Sekolah Kebangsaan Dato' Syed Nahar.
Ulama atau rujukan agama
  • Sheikh Dato'Badaruddin Hj Ahmad, Maktab Pengajian Islam Kedah (MPIK)
  • Ustaz Farid Wajdi b Dato Tajuddin Al-jarumi, Sekolah Menengah Agama Nadhatul Hasanah
  • Imam Haji Hassan, Imam Besar Masjid Jamek Kodiang
Kilang padi
  • Kilang Beras Pering (K) Sdn Bhd.
  • Kilang Beras Soon Seng.
  • Syarikat Padiberas Nasional Bhd
  • Syarikat Padiberas Nasional Bhd.
Stesen minyak
  • Stesen Minyak Fuadurrahman, Jalan Kodiang
  • Warisan Kodiang Enterprise, Stesen Minyak Petronas, Pekan Kodiang
  • Stesen Minyak Caltex Jln Arau, Pekan Kodiang
Persatuan
  • Pertubuhan Peladang Kawasan A2, Jalan Sanglang , 06100 Kodiang
  • Syarikat Kerjasama Serbaguna Tunjang Bhd, Pejabat Pasar Minggu, Jalan Kodiang, Pekan Tunjang, 06000 Jitra
(SK Tunku Bendahara adalah sekolah rendah saya)
(SMK Tunku Bendahara adalah sekolah saya sekarang)

Friday 22 July 2011

Senjata Melayu Yang Digelapkan Dari Sejarah

Beribu-ribu tahun dahulu...di Lembah Bujang,terdapat satu peradaban yang makmur.Kota-kota yang besar dan istana-istana yang mengagumkan.Di satu kawasan,terdapat kilang-kilang membuat peralatan logam;kilang melebur besi.

Zaman berganti zaman.Tahun berganti tahun.Peperangan demi peperangan.Hasad dengki,khianat,kekejaman dan penipuan menghiasi tabir.Jatuh dan bangun.Bina kembali peradaban.Berperang lagi...hancur semuanya....bangkit kembali membina empayar...perang saudara...kedatangan bangsa Eropah yang tamak....dijajah...dijajah...dijarah...

Bangkit kembali...tentang penjajah...akhirnya merdeka.Kemudian bina negara...bina peradaban kembali.Perlahan-lahan.

Anak-anak Melayu pun membuka buku sejarah.Apa yang dilihat mereka?Hulubalang Melayu memegang tombak.Panglima Melayu menghunus keris.Selak lagi..apa dilihat lagi?Gambar lukisan raja Melayu di atas gajah,dengan askar-askar Melayu menentang penjajah Portugis menggunakan tombak dan keris.Bertembokkan pancang-pancang kayu dan batang pisang.Gambar askar Melayu mati ditembak istinggar musuh.Gambar rumah beratap rumbia musnah dibedil meriam.Selak lagi....gambar gabenor British bercekak pinggang dengan orang-orang Melayu berpakaian selekeh di satu sudut.

Selak lagi...selak lagi...gambar orang-orang Melayu pasca-penjajahan yang berimejkan selekeh,miskin dan nampak kurang berpendidikan.Membosankan.

Dalam artikel pengiring terakhir ini,Srikandi akan mendedahkan realiti sebenar peperangan yang disertai orang-orang di Semenanjung mahupun di pulau-pulau Nusantara (Indonesia).Srikandi akan mendedahkan betapa antara orang-orang Melayu pada masa dahulu pandai mencipta meriam dan menggunakan senjata api..Ini sekaligus menafikan anggapan popular ketika penjajahan dahulu "hendak buat sebatang jarum pun tak mampu"

Benarkah begitu?



'Musketeers' dan 'Gunners' Melayu



Ketika saya masih kecil lagi,saya masih teringat satu filem lama tahun 80-an berlatar belakangkan zaman dahulu,mungkin sekitar abad ke 17.Kalau tak silap saya,Dato Rahim Razali ada berlakon dalam filem itu.Keistimewaan filem ini ialah,ia memaparkan orang-orang Melayu dahulukala berperang menggunakan meriam-meriam kecil,dalam istilah Melayunya 'Lela Rentaka'.

Meriam-meriam ini boleh dikendong menggunakan tenaga dua orang,di bawa ke sana sini.Terdapat satu adegan di mana tentera-tentera bergegas membawa meriam-meriam ini ke medan perang melintasi sawah-sawah padi.Ada adegan tentera yang tumpas terkena bedilan.Aksi letupan yang begitu 'real' dan suasana selepas perang di mana mayat-mayat bergelimpangan di sawah padi dihurung lalat dengan darah bersemburan di sana sini.Filem ini begitu istimewa di mata saya,berbanding filem-filem tipikal lain yang juga berlatarbelakangkan sejarah namun imej peperangan yang membosankan dan kurang tepat;asyik-asyik berperang menggunakan keris dan lembing.Penggunaan meriam yang meluas di dalam filem ini amat menarik dan sehingga kini saya masih teringatkan filem itu yang unik dan menimbulkan misteri kepada saya.

Semakin dewasa dan kelebihan menggunakan maklumat yang banyak di perpustakaan semasa melanjutkan pengajian ke luar negara membuatkan saya semakin tertanya-tanya;apakah peranan meriam di dalam budaya orang-orang Melayu dahulukala?Mengapa apabila saya membaca catatan-catatan para conquistador,pengembara Eropah,pedagang dan duta-duta asing,menyebutkan saiz kapal,penggunaan meriam dan kemewahan orang-orang Melayu sebelum era penjajahan?Mengapa apabila membaca buku-buku sejarah di sini,nadanya berlainan?Mengapa catatan pengembara Perancis berlainan sekali dengan catatan Stamford Raffles dan Leyden?Mengapa pandangan para cendekiawan Portugis seperti Eredia dan Pires berlainan dengan pandangan para gabenor dan imperialis Inggeris?

Apa yang ingin mereka sembunyikan dari kita??

Apabila orang Thai mengeluarkan filem-filem menceritakan sejarah Patani,mereka menggambarkan orang-orang Melayu Patani biasa menggunakan pistol dan senapang,apatah lagi meriam.Ini tidak kalah dengan filem-filem mereka yang menceritakan peperangan menentang tentera Burma.Mereka betul dari segi sejarah.

Mengapa saya kata begitu?Kerana apabila teknologi meriam semakin maju pada abad ke-14,seluruh dunia berlumba-lumba mendapatkan teknologi ini.Kerajaan-kerajaan Eropah,wilayah-wilayah bekas Empayar Abbasiah dan Turki uthmaniyyah,Emperium China dan kerajaan Ayutthia berusaha tidak ketinggalan dalam soal mengambil tahu atau memiliki meriam malah merekrut rakyat mereka mempelajari cara membuat meriam.

Jadi ADAKAH SULTAN-SULTAN MELAKA YANG MEMILIKI PELABUHAN PALING KAYA DI TIMUR MENJADI PEKAK,TULI,BUTA DAN BISU DENGAN PERKEMBANGAN INI?

Padahal raja-raja Melayu Brunei dan Sulu ketika itu sudah biasa bermain dengan pistol dan menjadi pengeluar meriam kecil terbaik dunia?Sebab itu Sepanyol gerun dan tidak mampu mencabut 'kemelayuan' mereka.

Adakah para pedagang yang tiba di pelabuhan Melaka semuanya berpakat untuk menyorokkan berita-berita tentang meriam,istinggar (musket) dan ubat bedil?Adalah amat tidak logik jika Sultan Melaka yang pernah menakluk sebahagian Sumatera dan tanah semenanjung malah mengalahkan tentera Siam menggunakan keris dan lembing sahaja.Tiada satu pun kerajaan yang boleh mengalahkan Melaka ketika itu KECUALI GABUNGAN TENTERA PORTUGIS,KERAJAAN-KERAJAAN KECIL DI SUMATERA DAN JAWA,ASKAR-ASKAR UPAHAN DARI GOA,JAWA DAN SIAM DITAMBAH DENGAN PEMBELOT DAN PENGKHIANAT DALAMAN DARI PARA PEDAGANG ASING DAN ORANG-ORANG MELAYU SENDIRI.

Hanya filem-filem dan drama pendekar di Malaysia sahaja menggambarkan pendekar Melayu berperang menggunakan keris dan lembing selepas bergaduh di warung berdinding buluh dan beratapkan rumbia.Sungguh memalukan.

Apabila orang luar membuat filem tentang Melayu,mereka menggambarkan pendekar Melayu menggunakan pistol,meriam dan senapang.Malah pendekar Melayu memakai baju kulit dan sesetengahnya memakai baju zirah;baju besi untuk mengelakkan serpihan peluru meriam melukai daging kulit.Dari mana mereka mengorek rahsia ini?Dari catatan-catatan sejarah mereka yang diluar kawalan Raffles,Winsted,Swettenham dan Leyden.

Malah semua senjata ini,yang diwar-warkan asing bagi bangsa Melayu,mempunyai istilah Melayunya sendiri:

*Cannon=Meriam,Lela
*Portable Cannon/swivel gun=Lela Rentaka
*Flintlock Musket=Istinggar
*Blunderbuss=Pemuras
*Pistol=Terakol

Mari kita lihat antara senjata-senjata 'terahsia' Melayu ini:




Pemuras




Pemuras adalah antara senjata yang gemar digunakan oleh orang-orang Melayu dahulukala.Dalam Perang Naning,catatan askar Inggeris menyatakan orang-orang Melayu amat pandai menggunakan Pemuras ini sehingga Inggeris terpaksa menghantar beberapa kali pasukan tenteranya menentang Dol Said dan Perang Naning juga berlaku dalam beberapa siri.Orang-orang Melayu Borneo khususnya orang Brunei dan Sulu adalah mereka yang selalu menggunakan Pemuras.Pemuras atau dalam bahasa Inggeris,blunderbuss adalah sejenis alat bedil muat hadapan dengan laras berkaliber pendek,besar,yang mempunyai muncung peledak hadapan yang berbentuk kembang (funnel-shaped muzzle ).Pemuras ini menggunakan peluru timah hitam (lead)

Ia digunakan untuk menembak dalam jarak dekat dan selalu digunakan oleh pasukan berkuda (Dragoons).Perkataan Dragoon ini berasal dari penggunaan Pemuras yang telah dimajukan bentuknya,menjadi lebih kecil,seperti pistol.




Orang-orang Melayu memanggilnya sebagai Terakol atau Tarkul.Dragoon atau Terakol inilah asal-usul pistol pada hari ini.Pemuras juga adalah senapang atau bedil yang pertama sekali dicipta untuk tujuan pertahanan. Dalam masyarakat Melayu, senjata Pemuras dan Tarkul adalah agak popular berbanding di dunia barat.Penggunaan Pemuras adalah lebih kerap digambarkan di dalam peristiwa perang Melayu berbanding istinggar atau Flintlock Musket.Mengapa?





Ini kerana pada masa dahulu orang Melayu adalah pelaut dan pengembara yang gigih.Penggunaan blunderbuss ini adalah amat popular dikalangan pelaut,lanun dan pedagang.Ini kerana ia sesuai untu pertempuran secara pantas dan berdepan kerana ia mampu mencederakan beberapa orang musuh dengan hanya satu tembakan dari jarak dekat.

Pemuras biasanya amat pendek, dengan laras kurang dari 60 cm (dua kaki), pada ketika laras senapang lantak biasanya melebihi 90 cm (tiga kaki) panjang.Satu sumber menggambarkan senjata dari awal hingga pertengahan abad ke-17, menyenaraikan panjang laras Terakul kancing roda (wheel lock) sekitar 28 cm (sebelas inci), berbanding 41 cm (enam belas inci) panjang bagi Pemuras.






*Betapa segaknya panglima Melayu menyandang Pemuras berkilat seperti ini.


Dalam budaya masyarakat Melayu,Kesultanan Brunei adalah diantara salah sebuah Kerajaan Melayu yang menggunakan Pemuras sebagai salah sebuah alat kebesaran kerajaan atau regalia.Ia menjadi lambang kebesaran Brunei dengan panggilannya yang tersohor 'Pemuras dan Karga'.Karga ialah bekas menyimpan peluru pemuras yang dibuat cantik dan berseni.

Pemuras sering dihiasi dengan ukiran yang amat halus dan cantik. Ada juga Pemuras yang dibuat daripada logam berharga seperti Emas dan Perak serta ditatahkan dengan intan permata. Di dunia barat penggunaan Pemuras adalah lebih kerap digunakan oleh pasukan berkuda kerana ia mudah digunakan terutama ketika mengisi peluru.

Jika Soviet meletakkan lambang Avtomat Kalashnikova (AK-47) di duit syililing mereka,Mozambique meletakkannya di bendera mereka,bayangkan,kerajaan Melayu seperti Brunei ini meletakkanblunderbuss atau Pemuras ini sebagai lambang kerajaan.





Terakol





Terakol atau Tarkul adalah antara senjata popular dikalangan pelaut,pedagang dan lanun-lanun Melayu.Tarkul pada awalnya menggunakan teknologi 'wheel lock' (kancing roda) di mana kemajuan teknologi ini membolehkan ia membakar serbuk bedil secara automatik tanpa memerlukan 'fius'.Terakol berbentuk seperti pistol dan ia adalah perubahan bentuk dari Pemuras yang dikecilkan.Terakol digunakan di dalam peperangan Rajah,Datu dan Sultan-sultan di Filipina melawan Sepanyol,juga askar Brunei menentang Rajah Brooke.

Terakol juga digunakan di Patani dan Melaka.Dalam Perang Naning juga senjata ini digunakan.Sekitar tahun 1530,Terakol telah menjadi maju dengan penggunaan teknologi flintlock (kancing batu api) dan sejak itu ia lebih dikenali sebagai pistol di Barat.




*Dalam filem Pirates of Caribbean,Jack Sparrow menggunakan Terakol jenis kancing batu api (flintlock)


Ketua Lanun,Laksamana dan Syahbandar Melayu sering bergaya menyelitkan Terakol ini di pinggang bersama-sama keris mereka.





Istinggar




Istinggar (Bahasa Inggeris:musket) pada awalnya ialah sejenis senjata api jenis berat dengan penggunaan fius atau wheel lock.Kemudian ia menjadi sejenis senapang yang menggunakan teknologi flintlock (kancing batu api).Penggunaan flintlock ini meningkatkan kadar tembakan dan mengurangkan kos pembuatan senjata api.Mula diperkenalkan pada 1630 sebagai flintlock musket,istinggar dengan pantas menggantikan teknologi picu senjata api lebih awal,seperti mekanisme kancing sumbu (matchlock) dan kancing roda (wheel lock).

Istinggar juga kerap disebut di dalam hikayat-hikayat lama seperti Sulalatus Salatin (Sejarah Melayu) dan juga Hikayat Megat Terawis. Dalam Hikayat Megat Terawis, dikatakan bahawa Megat telah berjaya membunuh seorang hulubalang yang kebal dan hebat bernama Tun Saban.Tun Saban dikatakan sebagai seorang yang tidak lut kepada segala jenis senjata kecuali istinggar yang dibuat khas pelurunya.Istinggar yang digunakan untuk membunuh Tun Saban dikatakan adalah hadiah daripada ulama dari Hadra-maut kepada raja Pagar Ruyung.

Istinggar inilah yang dikumpulkan terlalu banyak di dalam kota Melaka oleh tentera-tentera Portugis.Istinggar juga digunakan oleh tentera Johor-Riau terutama ketika membantu Belanda menyerang Portugis.Istinggar juga digunakan oleh penduduk di Perak ketika menyerang Belanda yang membina loji-loji di Sungai Perak.





Lela Rentaka



Rentaka,adalah sejenis meriam mudah alih,ringan dan kecil dari meriam biasa.Dalam Bahasa Inggeris,ia disebut Lantakas (gabungan Lela dan Rentaka).Rentaka adalah senjata khas orang Melayu,kerana mereka sendiri yang menciptanya,sebab itu orang Inggeris menyebutnya dengan Lantakas.Ini adalah sesuatu yang menarik kerana Rentaka adalah setanding dengan keris dan ia adalah senjata Melayu yang terkenal di dunia Barat.Rentaka inilah yang saya lihat di dalam filem tahun 80-an itu.

Kebiasaannya rentaka dibuat menggunakan tembaga atau besi dan berukuran diantara 50cm hinggalah 2 meter. Bagi yang berukuran lebih daripada 1 meter kebiasaannya ia di panggil Lela dan ada yang dipanggil sebagai ekor Lotong kerana mempunyai pelaras yang panjang dan lentik seperti ekor Lotong. Bangsa penjajah pertama yang merasa penangan rentaka ialah Sepanyol. Mereka menggelarnya sebagai arquebuses, portable cannons or swivel gun yakni meriam mudah alih. Berbanding dengan meriam biasa, rentaka kebiasaanya mempunyai hiasan yang lebih terperinci dan cantik seperti ukiran awan larat,naga,buaya,cicak,ikan lelumba malahan turut diukirkan corak pucuk rebung.




Apa yang unik mengenai senjata ini ialah ianya adalah sebuah meriam mudah alih yang pertama didunia. Rentaka mempunyai mekanisme yang membolehkan ianya dipusing-pusingkan keatas dan kebawah serta boleh dipikul dan dipacakkan di kota, tanah atau belebas kapal dan perahu. Hal ini amat berbeza dengan meriam barat yang sedia di ketahui adalah amat berat dan tidak mudah dialihkan. Ciri mudah alih Rentaka juga menyebabkan bidikannya lebih mudah untuk kena pada sasaran.

Pahlawan Moro adalah diantara pahlawan rumpun Melayu yang dikatakan sebagai pembuat rentaka yang terbaik . Orang Moro telah menggunakan rentaka sebagai senjata api utama ketika diserang oleh Sepanyol dan ketika mereka menyerang kapal-kapal Sepanyol. Tentera Sepanyol dikatakan amat takut dengan senjata tersebut kerana diantara banyak-banyak senjata, rentaka adalah salah satu senjata yang menyebabkan kematian dan kerugian terbesar bagi pihak mereka. Selain daripada orang Moro, Kerajaan Brunei juga dikenali umum di kalangan para pedagang dan penjajah sebagai pengeluar rentaka terbanyak dan terbaik di Alam Melayu. kebanyakan daripada rentaka yang ada di Muzium di seluruh dunia sekarang ini adalah berasal dari Brunei kalau tidak Filipina. Di Semenanjung, Jawa dan Sumatera, penggunaan rentaka adalah kurang terutama setelah kejatuhan Kesultanan Melayu Melaka.

Kehebatan senjata api buatan bangsa Melayu ini menjadi buah mulut dan kekaguman para penjajah barat seperti Portugis, Sepanyol dan Belanda sehinggakan mereka telah meniru teknologi pembuatan rentaka bagi melengkapkan persenjataan mereka. Sehingga abad ke 18 dikatakan penghasilan rentaka di Alam Melayu semakin berkurangan malahan negara yang mengeluarkan rentaka terbaik dan terbanyak adalah negara Belanda.





Meriam/Lela



*Meriam Seri Patani yang diletakkan dihadapan bangunan Kementerian Pertahanan Thailand


Meriam mempunyai sejarah yang panjang,terahsia dan digelapkan dalam sejarah Melayu.Meriam digunakan di tembok-tembok kota Melaka.Meriam digunakan di semasa peperangan melawan penjajah di Selangor.Meriam digunakan di Pasir Salak.Meriam digunakan di Singgora melawan Thai dan Inggeris dan Belanda.Meriam adalah cukup sinonim dengan seni peperangan Melayu.Jika Brunei dan Sulu terkenal mengeluarkan Rentaka (meriam mudah alih) terbaik,maka Patani pula adalah pengeluar meriam paling terbaik di Asia Tenggara suatu ketika dahulu.

Sebelum kemunculan meriam,pada awalnya teknologi artileri atau bedilan ini diperkenalkan oleh orang-orang Cina.Kemudian meriam diperkenalkan oleh Empayar Turki Uthmaniyyah,yang juga merupakan pembuat meriam yang menggerunkan seluruh Eropah ketika itu.Kemudian pedagang Belanda pula memperkenalkannya.

Meriam yang paling terkenal dalam masyarakat Melayu ialah Seri Nagara,Seri Patani dan Mahalela.Dan meriam Seri Nagara dan Seri Patani ini adalah meriam yang terbesar di Asia Tenggara!Menariknya bukan orang lain yang membuat dan memilikinya,tetapi orang Melayu juga!

Meriam-meriam ini adalah milik Kerajaan Patani.Sebagai tindak balas berikutan khabar angin akan serangan Siam ke atas Patani, Raja Kerajaan Melayu Pattani pada waktu itu iaitu Raja Biru (1616-1624) telah menugaskan seorang lelaki Cina-Islam yang bernama Tok Kayan (Lim To Khiam) untuk mengetuai pembinaan meriam-meriam kerajaan. Tiga buah meriam telah dibina iaitu Sri Patani, Sri Nagara dan Mahalela. Sri Patani dan Sri Nagara mempunyai saiz yang sama manakala Mahalela pula lebih kecil iaitu hanya sepanjang 5 hasta 1 jengkal. Meriam-meriam ini telah berjaya menyekat empat kali serangan Siam ke atas Patani iaitu pada tahun 1603, 1632, 1634 dan 1638.

Selepas kejatuhan Ayutthaya pada 1767, kerajaan Patani di bawah pemerintahan Sultan Muhammad (1776-1786) telah cuba untuk membebaskan diri daripada ancaman Thai (yang telah mengalahkan kerajaan Ayutthaya). Bagaimanapun, pada 1785 pasukan tentera Thai di bawah kepimpinanan Panglima Phraya Kalahum telah berjaya menewaskan Patani. Dua buah meriam besar iaitu Sri Patani dan Sri Nagara telah diambil sebagai rampasan perang, bagaimanapun Sri Nagara telah jatuh ke dalam laut di Kuala Patani semasa hendak dipindahkan ke dalam kapal. Meriam Mahalela pula telah hilang tanpa dapat dikesan.

Pada 1787, Raja Rama I telah mengarahkan pembinaan meriam yang sama saiz dengan Sri Patani yang dinamakan sebagai Narai Sanghan untuk diletakkan bergandingan dengan Seri Patani yang telah di tawan. Jika anda melihat kepada gambar meriam seri Patani di atas, bolehkah anda bayangkan kekuatan meriam tersebut ketika ia membedil kapal-kapal perang Thai. Menurut Hikayat Patani tiga buah meriam kerajaan Pattani ini telah berjaya mengaramkan banyak kapal Thai ketika Kerajaan Thai menyerang Pattani.Anda boleh membayangkan suasana meriam-meriam ini digunakan dan peperangan tersebut dengan menonton filem Queen of Langkasuka.




Meriam-meriam Melayu boleh dilihat juga di Kota Melawati dan Pasir Salak pada hari ini.

Setelah mengetahui fakta sejarah yang digelapkan dari pengetahuan kita ini,adakah kita masih berfikir nenek moyang kita berperang menggunakan sumpit,lembing dan keris?JIka nenek moyang kita berperang dengan senjata-senjata itu sahaja,alamat kita sekarang bukanlah duduk di Malaysia,tetapi di sebuah negeri Inggeris lain,seperti Australia.SEbab orang-orang Melayu mempunyai senjata-senjata beginilah mereka mampu mempertahankan takhta raja-raja mereka dan sedikit sebanyak mengawal tindak tanduk penjajah yang ganas dan tamak.Bayangkan betapa gigih nenek moyang kita dahulu memikul rentaka,membawa Pemuras di samping parang dan keris,menentang ketamakan dan kebuasan penjajah.Jika nenek moyang kita dahulu lembik tidak berjuang mempertahankan tanah air,mungkin hari ini kita akan menjadi seperti Red Indian atau aborigine Australia.Inggeris walaupun buas dan kejam,namun masih menjaga 'standard' mereka cuba menghormati perjuangan orang-orang Melayu mempertahankan warisan.Mereka cuba mengawal alter amuk para musketeers (ahli senjata api) dan gunners (ahli meriam) Melayu dengan cuba meletakkan para residen mereka terlebih dahulu di setiap negeri Melayu.Apa salahnya Inggeris membawa balatenteranya meranapkan takhta-takhta raja-raja Melayu ini terus atau menghalau mereka sepertimana mereka menumbangkan raja-raja Tamil,Hindi dan Maharaja Moghul di India.Sultan Abdullah memang dibuang ke Pulau Seychelles,namun yang peliknya Inggeris berusaha mengadakan raja baru di Perak dengan membiarkan institusi beraja Perak menabalkan pengganti Sultan Abdullah.Pelikkan?Apa salahnya Inggeris melantik sahaja Hugh Low menjadi 'Rajah Perak' sebagaimana James Brooke menjadi Rajah Sarawak.Biar warisan raja-raja Perak hancur sebagaimana mereka berjaya menghancurkan dinasti raja China dan India.Tetapi ini tidak berlaku.Bukan sahaja orang Melayu,malah 'Mat Salleh' pun berdegil 'mempertahankan' takhta raja-raja Melayu.Lucu dan aneh.Sebenarnya jika kita bersemangat mempertahankan warisan budaya kita sendiri,orang lain pun akan segan dan hormat pada kita.Seperti juga hari ini,jika kita acuh tak acuh dengan warisan kita sendiri,sebagai contoh Tulisan Jawi,Cina Komunis pun tidak segan silu mahu membuang tulisan Jawi dari papan-papan tanda jalan.Jika kita sendiri tidak berusaha mengambil berat diri kita sendiri,siapa lagi hendak diharapkan menjaga segala warisan dan identiti bahkan pegangan agama kita sendiri??Orang asing??

SEbagai kesimpulannya,dengan pendedahan ini yakinlah kita bahawa orang Melayu adalah bukanlah bangsa yang lemah dan hanya mengenal keris dan tombak sahaja malah pandai menggunakan meriam dan membuatnya juga!Orang Melayu juga biasa menggunakan musket (Istinggar) dan pistol (Terakol).




*Contoh Terakol digunakan ketika menyerang.Terakol juga terkenal kerana buatannya yang berseni dan berukiran halus.

Sehingga ke hari ini saya masih terngiang-ngiang jeritan hulubalang Melayu meledakkan Rentakanya di dalam filem 80-an itu.Adegan dua orang hulubalang mengandar batang Rentaka yang diikat pada sebatang kayu sambil meniti batas-batas sawah meninggalkan misteri yang aneh kepada saya.Kenapa drama dan filem lain tidak seperti filem yang satu ini?Siapa pengarah filem ini?Sungguh,saya betul-betul tabik pada pembuat filem itu,malangnya saya terlupa tajuk filem itu.

Jadi fikirkan,adakah Inggeris dan Belanda takutkan orang-orang Nusantara yang menentang mereka menggunakan sumpit,lembing dan keris (kesampingkan ilmu mistik,kita bercakap soal realiti)?Tidak sama sekali.Para musketeers dan gunners Melayu inilah antara 'penggerun' mereka dan membuatkan Inggeris berfikir 10 kali untuk menghapuskan raja-raja Melayu,mengkristiankan seluruh orang Melayu dengan paksaan dan menjadikan Tanah Melayu seperti Amerika dan Australia.

Alangkah bagusnya kalau dalam buku-buku sejarah terdapat gambar ini.Betapa megahnya hulubalang Melayu menyangkutkan blunderbassnya (Pemuras) di bahu.



Dalam legenda Melayu,berkaitan ilmu mistik dalam kategori ilmu kebal,antara pantang orang yang mengamalkan ilmu kebal ialah peluru emas.Dan ini adalah benar,dan askar Belanda menggunakan peluru emas untuk menundukkan pahlawan-pahlawan Melayu di Sumatera dan Jawa.Malah Mat Kilau juga dikatakan dikhianati orangnya sendiri berkenaan rahsia ini.Jadi fikirkan,dalam amalan mistik Melayu itu sendiri menyebutkan perihal peluru emas,masakan orang Melayu ketika itu masih terkebil-kebil memegang lembing berhadapan dengan askar Portugis yang bersenjatakan matchlock musket,blunderbuss dan cannon?



Info 2

1. Pemain paling banyak meludah di padang = Florent Malouda - France
2. Pemain paling suka makan lepat = Frank Lampard - England
3. Pemain yang menguruskan 3 pos ofis = Helder Postiga - Portugal
4. Pengurus pasukan yang suka berlari = Luis Philipe Scolari - Portugal
5. Pemain yang main bolasepak dan ping-pong = Razak Pimpong - Ghana
6. Pemain bolasepak juga kawan baik Batman = Robin ho - Brazil
7. Pemain bolasepak yang juga macam Batman = Mathias Kezman - Serbia Montenegro
8. Pemain yang tak pernah miss bayar bil = Adabayour - Togo
9. Pemain yang main bolasepak dan biola = Saviola - Argentina
10 . Pemain bolasepak yang paling manis = Maniche - Portugal
11 . Pemain yang selalu terluka di padang = Luca Toni - I
taly

Belajar Bahasa Jepun

Ohayou gozaimasu-selamat pagi
Konnchiwa-selamat tgh hari
Konbanwa-selamat malam
Oyasuminasai-selamat mlm(diucapkan sblom tido)
Tadaima-sy dh balik
Okaerinasai-slmt pulang
Itadakimasu-diucapkan sblom makan
Gochisousamadeshita-diucapkan slps makan
Irasshaimase-slmt dtg
Ittekimasu-sy pegi dulu dan akan pulang
Wakarimasu-sy faham
Wakarimasen-sy x faham

Wa = is/am/was/were
Eg : Watashi wa Athrun desu..(Saya Athrun)
--- : Kakashi san wa sensei desu..(En.Kakashi ialah guru..)
--- : Watashi wa Maareshia jin desu..(I'm malaysian..)

Word desu,kita tak sebut de su..(Sebut de,macam nak sebut denmark..Su = susu)
Just sebut des..Tapi kalau eja kenala desu..

Macam moshi2,hello ntuk panggilan telepon..
Kalau cepat,bunyinya..Mosh-mosh..

Ka = ntuk question..
Eg : Anata wa nihon jin desu ka? (Are u a japanese?)
--- : Honto desu ka? (Betul ke?)

No = saya punya..
Eg : Watashi no namae wa Sena desu..(Saya punya nama ialah sena..)
--- : Watashi wa UM no gakusei desu..(Saya UM punya student..)

To = dan,macam wa (arabic)
Eg = Mamori san to Hiruma san wa gakusei desu..(Mamori n hiruma adalh pelajar..)


Present form..
Desu = is , dewa arimasen = is not..

Past form..
Deshita = was , dewa arimasen deshita = was not..

Eg :
Pre.. / Past..

Watashi wa sensei desu / Watashi wa sensei deshita..
I am a teacher / I was a teacher..

Watashi wa sensei dewa arimasen / Watashi wa sensei dewa arimasen deshita..
I am not a teacher / I was not a teacher..

Haiii = Sebut haiik..Jngn bunyikan sangat k tu..Hehe..Means Yupp..
Iie = Sebut Iye, bunyi ye macam nak sebut word yes..Means no..

Hajimemashite (Hello,for first meeting..)
Watashi wa Cagalli desu..(M Cagalli..)
Marashia jin desu..(M malaysian..)
Dozo yoshiku..(Nice to meet u..)
Anata wa? (N awak?)

NOMBOR

ichi = satu
ni = dua
san = tiga
yon/si = empat
go = lima
roku = enama
shichi/nana = tujuh
hachi = lapan
ku/kyuu = sembilan
juu = sepuluh

juu-ichi = sebelas
juu-yon = empat belas
juu-roku = enam belas

nii-juu = dua puluh
hachi-juu = lapan puluh

hyaku = seratus
ni hyaku = dua ratus
san-byaku = tiga ratus
roppyaku = enam ratus
happyaku = lapan ratus

KELUARGA

Utk panggilan keluarga ni, ade perkataan khas yg digunakan utk keluarga kite sendiri dan juga utk digunekan kpd kelurga org lain.

UTK KELUARGA SENDIRI

sofu-atuk
soba-nenek
chichi-ayah
haha-mak
ane-kakak
ani-abg
imouto-adik pompuan
otouto-adik lelaki

NOTA:

1)(kimasu)
2)(ikimasu)
3)(kaerimasu)


- 'kimasu' digunekan utk menunjukkan seseorang pergi ke suatu tempat.
- 'ikimasu' digunekan ketika menyatakan seseorang dtg ke tmpt di mana
berada.
- 'kaerimasu' pule digunekan utk menunjukkan seseorang pulang ke tmpt
tinggal.
watashi-saya

UTK KELUARGA ORG LAIN

ojiisan-atuk
obaasan-nenek
otousan-ayah
okaasan-mak
oneesan-kakak
oniisan-abg
imoutosan-adik pompuan
otoutosan-adik laki


*Bile bercerita tntg emak dan bapa sendiri, kite sebut 'haha’(??) dan 'chichi'(??). Tapi, apabila kite bercerita tntg ahli keluarga org lain kite sebut 'okaasan'(?????) dan 'otousan'(?????) bagi menunujukkan rase hormat kite. Namun, kata panggilan ketika berckp dgn mak sendiri ialah 'okaasan' manakala bapa sendiri ialah 'otousan'.

HARI-HARI DLM BHS JEPUN

Isnin-getsuyoubi
Selasa-kayoubi
Rabu-suiyoubi
Khamis-mokuyoubi
Jumaat-kinyoubi
Sabtu-doyoubi
Ahad-nichiyoubi



Tambahan sikit:

Hari ni- kyou
Esok- ashita
Semlm- kinou
Kelmarin- ototoi
Lusa- asatte
Pagi ni- kesa
Ptg ni- konban
Sekarang- ima

BILANGAN ORANG

Dlm bhs jepun, utk sebut seorang,dua org dan sbgnye perlu menggunekan perkataan khas.

hitori-seorang
futari-2 org
sannin-3 org
yonin-4 org
gonin-5 org
rokunin-6 org
nananin-7 org
hachinin-8 org
kyounin-9 org
jyounin-10 org

Partikel 'ha' menunjukkan subjek.
Partikel 'mo' bermaksud 'juga/pun'

'dewa arimasen' digunekan utk menafikan sesuatu yg ditanyakan.

cth: iie, nihonjin dewa arimasen
Tidak,sy bukan org jepun.

'soudesu' bermakna "seperti ape yg dikatakan".


TABUN (MUNGKIN)

Tabun ni bermaksud 'mungkin'. Ianya diguna pakai utk menunjukkan sesuatu perkara yg mungkin akan berlaku.

CONTOH:

-Ashita no tenki wa tabun ii deshou.

Cuaca hari esok mungkin baik.

-Ano hito wa tabun nihonjin deshou.

Orang itu mungkin org Jepun.

-Kare wa tabun kaze deshou.

Mungkin dia demam.

TABI NI (SETIAP KALI)

Tabi ni membawa maksud 'setiap kali' dlm bhs Melayu.
Cara nk gunenye mcm ni:

A-tabi ni
B-setiap kali

-A berlaku/dilakukan biasanya B pun akan berlaku/dilakukan.

CONTOH:

-Chichi wa shucchou suru tabi ni, omiyage wo kattekuru.

Setiap kali 'outstation' ayah akan beli buah tgn.

-Sono uta wo kiku tabi ni, mukashi no koibito wo omoidasu.

Setiap kali dgr lagu itu, teringat awek lama.

-Hachi gatsu ni naru tabi ni, mukashi no kanashii omoide wo omoidasu.

Setiap kali masuknya bulan 8, teringat kembali kenangan lama yg menyedihkan.


PERKATAAN BARU:

Chichi-ayah(utk ayah sendiri)
Shucchou-outstation
Omiyage-buah tgn
Uta-lagu
Kiku-dengar
Kanashii-sedih
Omoide-kenangan
Omoidasu-teringat

JITSU WA (SEBENARNYA)

Contoh ayat:

-Jitsu wa watashi wa kekkon shiteirundesu.

Sebenarnya saya sudah kahwin.

-Jitsu wa watashi wa mada dokushin desu.

Sebenarnya saya ni masih bujang lagi.

-Jitsu wa watashi wa mada nani mo tabeteimasen.

Sebenarnya saya ni belum makan apa-apa lagi.



Perkataan baru:

Kekkon- kahwin
Dokushin- bujang
Mada- belum/ masih

BERKENAAN DENGAN (NI-KAN-SURU)

Cara nk gunenye:

Kata nama- 'ni-kan-suru'='berkenaan dengan'-kata nama

Contoh ayat:

-Kore wa mareeshia no seiji ni kan suru houkokusho desu.

Ini adalah laporan berkenaan dengan politik Malaysia.

-Shuushoku ni kan suru jouhou wa daigaku no webu saito ni nottearimasu.

Maklumat berkenaan dengan pekerjaan terdapat di laman web universiti.

Perkataan baru:

Seiji- politik
Houkokusho-laporan
Jouhou-maklumat
Daigaku-universiti
Webu saito-laman web

MESTI (KANARAZU)

Kanarazu diguna pakai utk menunjukkan perkara yg mesti ataupun pasti akan berlaku atau dilakukan.

Contoh Ayat:

-Watashi wa neru mae ni kanarazu denki wo keshite neru.

Sebelum saya tidur mesti tutup lampu dulu.

-Hi wa sanso ga nakunaru to, kanarazu kieru.

Api mesti akan padam sekiranya kehabisan oksigen.

-Kaigai ni iku toki, kanarazu pasupooto wo motanaitoikenai.

Apabila pergi ke luar negara, mesti kena bawa passport.


Perkataan Baru:

Hi-api
Neru mae ni- sebelum tidur
Denki wo kesu- tutup lampu
Sanso- oksigen
Kieru-padam/hilang
Kaigai-luar negara
Pasupooto- passport

ITSUMO (SELALU)

Itsumo ni digunakan utk menunjukkan sesuatu perkara ataupun perbuatan yg selalu dilakukan ataupun dibuat.

Contoh ayat:

-Watashi wa itsumo mareeshia ni kaeru toki mareeshia koukuu wo tsukaimasu.

Selalunya saya pakai syarikat penerbangan MAS utk balik ke Malaysia.

-Kare wa itsumo kyouto e itta toki onaji hoteru ni tomarimasu.

Dia(lelaki) selalu bermalam di hotel yang sama setiap kali pergi ke Kyoto.


Perkataan Baru:

Mareeshia-Malaysia
Kaeru-balik
Kyouto-Kyoto(salah satu bandar besar di Jepun)
Onaji-sama
Tomarimasu-bermalam
Hoteru-hotel

PUN ADA, PUN ADA (MO AREBA, MO ARU)

Cara penggunaan :

A-mo areba
B-mo aru

-A pun ada, B pun ada( pd kebiasaannya perkataan A dan B adalah berlawanan sifatnya).

Contoh ayat:

-Isogashii toki mo areba himana toki mo aru.

Masa sibuk pun ada, masa lapang pun ada.

-Sono mise ni wa yasui mono areba, takai mono mo aru.

Di kedai itu, barang yg murah pun ada, barang yg mahal pun ada.


Perkataan baru:

Isogashii-sibuk
Hima-lapang
Mise-kedai
Yasui-murah
Takai-mahal

SELEPAS (ATO NI)

Ato ni kebiasaannya dipakai bersama dengan 'masa'.


Contoh:

-Juppun ato ni kite kudasai.

Sila dtg kembali selepas 10 minit.

-Go nen ato ni, watashi wa kyoushi ni naru kamoshiremasen.

5 tahun selepas ini, saya mungkin akan menjadi seorang guru.

Perkataan baru:

Juppun- 10 minit
Kite kudasai-sila dtg
Go nen-5 tahun
Kyoushi- guru
Naru kamoshiremasen- mungkin menjadi

terima kasih:arigatou gozaimasu
sama-sama:douitashimashite

bersama-sama:mashou
contoh:

ikimashou-mari pergi bersama-sama

ayuh kita belajar bahasa Jepun..semoga berjaya..

ohayou gozaimasu = selamat pagi
konnichiwa = selamat tengahari
konnichiwa = hello
konnichiwa = selamat petang
konbanwa = selamat malam
oyasuminasai = selamat malam (sebelum tidur)
kachou = pengurus
iidesu = ok
maane = bolehlah
kao = muka
warui = tak elok
kazedemo hiiteimasuka = demam ke ?
soudesu = betul tu
byouin = klinik
ittahouga iidesu = lebih baik pergi
hajimemashite = apa khabar
doumo / arigatogozaimasu = terima kasih
douitashimashite = sama-sama
douitashimashite = bersama-sama
douzo = sila
osuwari = duduk
namae = nama
watashi = saya
shusshin = asal
ima = sekarang
sundeimasu = tinggal
ima= sekarang
gogo = petang
gozen = pagi
owarimasu = habis/ tamat
jugyou = kelas/kuliah
nemui = ngantuk
ore = aku
kiku = dengar
shusseki = kedatangan
gaman = sabar
otanjoubi omedetou gozaimasu = selamat hari jadi
otanjoubi paati = majlis hari jadi
isogashii = sibuk
kondo = akan datang
anata = awak
tanjoubi = hari jadi
itsu = bila
watashi = saya
ichiji = pukul 1
niji = pukul 2
sanji = pukul 3
sanji han = pukul 3 setengah
yoji = pukul 4
goji = pukul 5
rokuji = pukul 6
shichiji = pukul 7
hachiji = pukul 8
kuji= pukul 9
juuji = pukul 10
juuichiji = pukul 11
juuniji = pukul 12
nanji = pukul berapa
sanjuppun= 30 minit
getsuyoubi = isnin
kayoubi = selasa
suiyoubi = rabu
mokuyoubi = khamis
kinyoubi = jumaat
doyoubi = sabtu
nichiyoubi = ahad
ichigatsu = januari
nigatsu = februari
sangatsu = mac
shigatsu= april
gogatsu = mei
rokugatsu= jun
shichigatsu = julai
hachigatsu = ogos
kugatsu = september
juugatsu = oktober
juuichigatsu = november
juunigatsu = disember
nijuugonichi = 25 haribulan
juuyokka = 14 haribulan

Misteri yang diselesaikan olehku


1.Tahukah anda apabila 350ml air yang diambil dari sinki dan kemudiannya dituangkan ke dalam cerek yang mengandungi 150ml air suling dan dibiarkan terdedah kepada nyalaan api bersuhu 100 darjah celcius akan menghasilkan satu cecair yang dinamakan air masak.
2. Percayakah anda yang air sirap merupakan salah satu bahan asas dalam pembinaan sebuah helikopter. Ini kerana kajian telah dibuat, seorang pembina helikopter memerlukan air sirap untuk menghilangkan keletihan semasa membuat helikopter, tanpa air sirap mungkin helikopter tersebut tidak dapat disiapkan.
3. Sebuah kereta yang dipandu selaju 220 km/j tidak akan dapat memotong kereta yang dipandu selaju 40 km/j sekiranya kereta-kereta tersebut dipandu dari arah yang bertentangan
4. Tahukah Anda dalam bahasa Inggeris dan ….Italy…., jurugambar dikenali sebagai paparazzi. Perkataan itu dipercayai diambil dari watak paparazzo dalam filem La Dolce Vita yang diterbitkan oleh Federico Fellini pada tahun 1960. Dalam bahasa
melayu pula, ayah kepada seorang budak yang bernama Razzi juga boleh dikenali dengan nama papa Razzi.
5. Tahukah Anda bendera negara Denmark telah dicipta 700 tahun lampau, menjadikan bendera paling lama digunakan di dunia lebih lama daripada penggunaan susu cap bendera.
6. Tahukah Anda magnet ialah sejenis logam yang juga digelar besi berani. Sebagaimana namanya magnet ialah besi yang berani menarik butir-butir besi lain kearahnya. Bagaimanapun orang yang diupah untuk menarik kereta bukanlah magnet.
7. Tahukah Anda cicak memutuskan ekornya apabila
diganggu. Apabila cicak menyedari yang dia diekori oleh sesuatu, ia akan memutuskan ekornya supaya benda itu tidak mengekorinya lagi atas alasan tanpa ekor sudah tentu ia tidak akan diekori lagi.
8. Tahukan anda bahawa seorang manusia normal tidak boleh menyentuh telinganya sendiri menggunakan siku.
9. Tahukah Anda burung dapat pulang ke sarangnya walaupun telah keluar kadangkala hingga beribu kilometer
daripada sarangnya tanpa sesat atau silap walaupun tanpa bantuan kompas. Ini kerana setiap sarang burung mempunyai alamatnya yang tersendiri sebenarnya.
10. Tahukah Anda bunyi perkataan lempeng dan tempeleng adalah hampir sama walaupun ia berbeza dari segi rupa bentuknya. Tapi, walaubagaimanapun orang yang kena tempeleng masih boleh memakan lempeng apabila dia berasa lapar.
11. Tahukah Anda gunung berapi yang berusia tiga ratus tahun disahkan masih aktif untuk meletup. Tapimengikut kajian ahli gunung, api elektrik di rumah kita tidak akan aktif jika tidak membayar bilnya selama tiga bulan.
12. Tahukah Anda orang yang tidak pernah kisah langsung tentang wang ringgit, pangkat, kedudukan dan harta dunia ialah Orang Utan.
13. Tahukah Anda ahli sains seluruh dunia bersepakat jika nasi ayam dimakan sewaktu lapar, perut kita
akan mengalami satu tindakbalas yang berupa kekenyangan. Nasi ayam juga boleh digunakan sebagai ubat untuk menggembirakan hati kita bila nasi ayam yang dimakan itu dibelanja oleh kawan kita.
14. Dan tahukah anda bahawa hampir kesemua pembaca post ini telah mencuba untuk menyentuh telinga menggunakan siku?

Hello

yo.....bro/sis....wazzup